|
Festival Projek Tahun Akhir Pusat Pengajian Seni [ RINTIS ] merupakan gabungan dua aktiviti tahunan pelajar iaitu pameran seni dan persembahan teater para pelajar tahun akhir Pusat Pengajian Seni, Universiti Sains Malaysia (USM) yang bakal bergraduat dan menempuh dunia kerjaya. Ia merupakan salah satu aktiviti tahunan utama yang dapat memberi pendedahan kepada para pelajar yang bakal menjadi nadi penggerak seni dan budaya tanah air mengenai aspek penganjuran pameran dan persembahan seni.
|