Friday, March 16, 2007
Posted at 16.3.07 by
artpool
Permalink
Thursday, March 01, 2007
Attention!!


Dont forget to come!
Posted at 1.3.07 by
artpool
Permalink
Monday, February 19, 2007
Posted at 19.2.07 by
artpool
Permalink
Committee Members for .L U K I S. 2007
Posted at 19.2.07 by
artpool
Permalink
Wednesday, February 07, 2007
Posted at 7.2.07 by
artpool
Permalink
Tuesday, February 06, 2007
Festival Projek Tahun Akhir Pusat Pengajian Seni akan diadakan pada 15-25 Mac 2007, bertempat di Graha Seni, Pusat Pengajian Seni, Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang. Diharap Tuan/Puan, Saudara/ Saudari, serta rakan-rakan sekalian dapat hadir untuk memeriahkan Festival ini.
Festival ini akan dirasmikan pada 15 Mac 2007 oleh tetamu kehormat. Pada sebelah malam pula akan diadakan konsert oleh artis tempatan dan juga kumpulan-kumpulan anak muda dari Pusat Pengajian yang lain. Poster dan jadual berkenaan dengan konsert tersebut akan dimaklumkan kemudian.
Pada hari tersebut juga akan dibuka 'booth-booth' jualan. Kepada sesiapa yang berminat boleh menghubungi pihak kami.
Posted at 6.2.07 by
artpool
Permalink
Ahli Jawatankuasa Penganjur RINTIS telah mencadangkan tema pameran pada tahun ini sebagai “Landasan Untuk Kemukakan Intelek Seni” atau akronimnya dikenali sebagai L.U.K.I.S. “Landasan Untuk Keluarkan Intelek Seni” merupakan interpretasi dan harapan yang dibawa oleh para pelajar yang bakal bergraduat tahun ini. Harapan pelajar berkenaan RINTIS: 2007 L.U.K.I.S. adalah untuk merealisasikan hasrat dan misi Pusat Pengajian Seni, Universiti Sains Malaysia bagi menghasilkan pelajar yang mempunyai kebolehan yang selaras dengan keperluan industri dan pasaran kesenian di samping berperanan dalam pembangunan rohaniah dan nilai moral yang murni bagi mencapai matlamat Wawasan 2020 Malaysia.
Justeru itu, penimbaan ilmu pengetahuan di dalam bidang seni menuntut pengamatan yang mendalam melalui proses pembelajaran yang cekal dan kajian yang mendalam. Dengan ilmu yang diperolehi, para pelajar akan menjadi graduan yang mahir dan intelek, bukan sekadar sebagai pekerja yang makan gaji semata-mata, malahan sentiasa bersedia mengaplikasikan ilmu untuk berdaya saing dalam arena pekerjaan. Sempena ulangtahun Universiti Sains Malaysia yang ke-40, RINTIS: 2007 L.U.K.I.S. kali ini akan menyediakan pelbagai aktiviti menarik bagi menyemarakkan seni dan budaya di USM.
Posted at 6.2.07 by
artpool
Permalink
Festival Projek Tahun Akhir Pusat Pengajian Seni [ RINTIS ] merupakan gabungan dua aktiviti tahunan pelajar iaitu pameran seni dan persembahan teater para pelajar tahun akhir Pusat Pengajian Seni, Universiti Sains Malaysia (USM) yang bakal bergraduat dan menempuh dunia kerjaya. Ia merupakan salah satu aktiviti tahunan utama yang dapat memberi pendedahan kepada para pelajar yang bakal menjadi nadi penggerak seni dan budaya tanah air mengenai aspek penganjuran pameran dan persembahan seni.
Posted at 6.2.07 by
artpool
Permalink